Monday 20 February 2012

Jose Gesa Penyokong Chelsea Dan Inter Sokong Pengurus Mereka



Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho menasihatkan penyokong bekas kelabnya Chelsea dan Inter Milan yang berang supaya memberikan sokongan kepada pengurus kelab masing-masing selepas mereka melaungkan nama pengurus Portugal tersebut.
 
Penyokong Chelsea menyanyikan lagu pengurus yang dikenali sebagai 'Special One' semasa pasukan seri 1-1 di Piala FA dengan pasukan divisyen dua Birmingham City selepas penyokong Inter melakukan perkara yang sama semasa Inter kalah 3-0 di  Serie A di tempat sendiri kepada Bologna.
 
Keputusan tersebut semakin memberikan tekanan kepada pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas dan pengurus Inter, Claudio Ranieri yang turut digantikan oleh Mourinho di  Stamford Bridge pada tahun  2004.
 
"Mesej saya kepada penyokong adalah saya menyayangi Chelsea dan Inter kelab yang hebat tapi saya lebih senang untuk melihat mereka menyokong pasukan dan pengurus masing-masing," kata Mourinho selepas Real mencatatkan kemenangan  4-0 ke atas Racing Santander di La Liga di tempat sendiri.
 
"Saya sudah menjadi kenangan, kenangan lama yang indah tapi saya sudah tidak lagi berada di situ dan mereka semua harus berjuang bersama-sama."